Sunday, January 17, 2010

Doa Qunut



Lama dah aku tak tulis ape2 kt blog ni.. kali aku saje je nk letak video Doa Qunut.. sbb mesti ada yang terlupa nak baca doa ni, sbb dah lama tak solat subuh. Secara tak langsung aku mengingatkan diri aku juga..

Sunday, November 15, 2009

Al Fatihah - Sedekahkan Pada Nenekku


Salam semua visitor .. aku nk amik kesempatan untuk minta maaf sebab tak update blog aku beberapa hari, kerana nenek aku meninggal dunia pada minggu lepas.

Kesempatan ini juga, aku dengan rendah dirinya ingin meminta jasa baik kepada anda semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada nenek aku yang telah meninggal dunia pada minggu lepas.. Al-Fatihah

Terima kasih..

Monday, November 9, 2009

Pembunuh Senyap


Ini adalah senjata kuno yang amat berkesan, kerana ia memberi impak yang amat besar dengan membunuh musuh secara senyap dalam jarak yang dekat.

Buat masa ini, Malaysia masih belum menggunakan senjata ini sebagai senjata untuk bertempur jarak dekat. Tetapi Indonesia telah menggunakannya bagi pasukan elitnya. Mungkin suatu hari nanti Malaysia akan menggunakannya kerana potensi membunuh senjata ini amat tepat. Hanya diletakkan racun..

Tarik nafas, halakan pada tengkuk musuh fuuhhh.. Nah!! kau dari muka bumi ini.. hahaha.. very accurate

Sunday, November 8, 2009

Senjata Membunuh




M 4 Carbine

Jeng jeng jeng.. Kalau korang nak tau ni lah senjata yang personal untuk tentera Malaysia sekarang, M 4 Carbine. Sebelum ni pakai AUG styer. Tapi sudah tukar la sekarang.. haha.. bisnes matter la ni. ape-ape jela.

Cite sikit pasal senjata ni...

Data Teknik

Dari: USA
Pembuat : Colt Defense
Diperkenalkan: 1941
Berat: 2.7kg kosong
Panjang: 838mm
Panjang Laras: 368mm
Kuasa: Kuasa Gas
Kuasa Tembakan: 700-950 butir/min
Kawasan berkesan: 300m
Jarak max: 800m

Senang je guna senjata ni.. simple banget..

p.s: tak leh cite banyak-banyak.. RAHSIA

Target 10?



Target 10 akaun Pakcik G la.. Ya!! itu lah target sampai bulan Mac 2010.. Aku akan siapkan sampai sebelum bulan Mac tahun depan.. ha ha.. baru meletup income.. kebabooomm!! $$$. Kalau 1 akaun jana 100usd sebulan kalau sepuluh? hmm.. 1000usd ok la, untuk pasif income.. Duk depan pc je dapat wit.. sanchezz

Bagi pengetahuan korang sume, sape yang dah ada akaun Google adsense, kalau nak buat AFD, aku boleh tolong buatkan dengan bayaran rm10 jer.. murah je giteww

category: money program

Money Freedom and Live Freedom



Aku nak bagitau kepada korang sume pasal pendirian aku, kehidupan macamana yang aku suka.
Aku hanya insan biasa yang sederhana tidak suka pada pekerjaaan yang di control oleh boss dan di control oleh sesiapa saje. Bagi aku, hidup biarlah sederhana dan hutang tiada (hutang aku masih banyak lagi) hehe..

Aku pun dalam proses bayar hutang sume dan bebas sumenya lepas ni.. masa tu lah aku akan rasa seperti burung yang terlepas dari sangkar tuannya.. fuhh.. tak sabar aku nak tunggu saat tu.

Yang pasti aku akan duduk di pulau yang aku suka tanpa gangguan dari sesiapa pun.. Aku akan happy se happynye selepas tu.

Mungkin dalam tahun depan dapat 1juta boleh lah buat camtu.. itu la dalam doa aku selepas tiap2 kali sembahyang.. Amin

category : ambition

Saturday, November 7, 2009

JACKASS

Haha.. saje je aku letak tajuk camtu.. Ari ni aku banyak buka cite pasal artis Malaysia. Tengok dorg kebanyakan tak tutup aurat pastu bangga plak tu.. mangkai btul.. wargh! wargh! wagrh! Nak kata tak tau.. mustahil, nak kata tak tau apa hukum dia tak pakai tudung.. dah memang HARAM la. Hukuman dia pun memang hebat la kt akhirat nanti. Mungkin dorg ni boleh tahan mental dan fizikal masa kt akhirat nanti. Hidup di dunia ni terlampau sekejap, bayangkan 1hari di akhirat sama dengan 1000 hari di dunia. Jadi apelah gunanya kita selalu mendahulukan urusan dunia.

Kepada yang baca artikel ni, kalau marah kt aku pun takpe.. sebab aku cuba ingatkan pada diri aku, kengkawan aku dan yang baca artikel ni... supaya tak jadi JACKASS!!


Oh! Malaysia ku

Kali ini saya nak bagitau sikit yang saya akan membuat blog baru saya yang menggunakan [dot] com. Sebelum ni saya memang ada banyak blog-blog yang menggunakan blogspot. lebih kurang 30 blog lah. Tapi semua tu dalam english, sbb nak jana duit lebih sikit. Blog-blog saya tu masih wujud dan masih beroperasi seperti biasa. Blog yang menggunakan [dot] com atau webhosting berbayar pun ada, tapi satu je setakat ini TanyaLelaki.com .

Berbalik pada blog baru yang saya akan bina ni, pada mulanya saya nak buat pasal Negeri Pahang, tapi selepas berfikir beberapa hari, mungkin saya akan buat pasal malaysia. Disebabkan Target lebih untuk market antarabangsa, jadi saya bertukar rasanya kepada pasal Negara Malaysia. Kali ini saya akan menggunakan aplikasi Wordpress untuk merelisasikan impian saya ini.

Blog ini akan beroperasi dalam masa 2 minggu lagi. URL nya tidak boleh bagi lagi, takut orang beli sebelum saya. hehe.

Sebelum saya terlupa, saya juga ada buat service untuk mengajar bagaimana membuat blog menggunakan apliksai JOOMLA. Boleh contact saya kalau berminat.

Friday, November 6, 2009

Rahsia Bagi Otak Berjalan Lancar

Simple gak ni.. Kalau nak bagi otak jalan lancar. Jawapan dia sembahyang!

Kenapa sembahyang pulak?

Jawapan: Orang Yahudi dah kaji benda ni, cuma kita je tak kaji.. Dengan bersembahyang, kita mesti sujud. disebabkan sujud, dahi kita tertekan ke atas lantai.. jadi bahagian tu bila ditekan akan melancarkan perjalanan darah ke otak, secara tak langsung otak kita akan jadi lancar & brilliant.

Kalau tak caye, pergi research sendiri.. last-last, jawapan dia ni jugak..

category: tiny article

Thursday, November 5, 2009

Antivirus - Kaspersky License Key


  • Tiada Antivirus yang selamat untuk komputer anda?
  • Menggunakan Antivirus Pirate
  • Komputer sering diganggu virus walaupun masih berlindungkan Antivirus?
  • Menggunakan Antivirus Free Trial?
  • Inginkan keselamatan komputer dari serangan Virus,Adware, Malware dari Thumbdrive,CD,DVD atau Internet?

Mempersembahkan Kaspersky License Key 2009/2010 Original

Ya!! Original

Lesen Kaspersky 2009/2010 yang sah untuk 1 tahun

Mengapa anda perlu pakai antivirus yang Free Trial dan tidak berkesan sedangkan anda boleh dapatkan yang hebat dengan harga RM25?

Untuk Pengetahuan anda, Antivirus Kaspersky adalah antivirus ranking yang ke2 terbaik dalam dunia.

Mengapa anda perlukan Kaspersky?

  • Menjaga keselamatan File, email, laman web dan file yang didownload secara real time
  • Kaspersky License Key kini dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Anda cuma download installer karspersky Antivirus 2009/2010 dan kami akan hantar License key anda yang valid melalui email/sms.

Harga License key Kaspersky Anti Virus RM25

Kegunaan biasa untuk komputer anda. Dapat mengesan virus yang datang dari sumber luar seperti thumbdrive, CD, DVD atau hardware.

Harga License key internet security RM 35

Kegunaan biasa untuk komputer anda dan tambahan keselamatan untuk kegunaan internet. Antara fungsi ialah dapat mengesan malware,spyware dan virus. Terdapat fungsi yang menyekat secara auto jika user ke laman web bahaya (porno/hack) sesuai untuk PC kanak-kanak.

License key ini adalah sah dan bukan cetak rompak! ia datang dari syarikat Kaspersky sendiri dan saya bertindak sebagai agen sahaja. Berminat? Ikut step dibawah untuk membuat pembelian :

1. Download Installer dari website dibawah

KIS http://www.kaspersky.com/kis_latest_versions?downlink=206910889

KAV http://www.kaspersky.com/kav_latest_versions?downlink=206910890

2. Uninstall Antivirus lama yang ada dalam komputer terlebih dahulu

3. Install Kaspersky menggunakan installer yang baru didownload tadi

4. Buat tempahan Lesen Antivirus original

5. Lesen akan diterima melalui phone/email. Tindakan seterusnya, masukkan key yang sah.


Untuk tempahan YM : Wanbili


Free Automatic Backlink